Pasukan Bujang Senang telah mengatur tiga perlawanan persahabatan sebagai persediaan mengharungi Liga Premier pada musim hadapan.
Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Dato Posa Majais, perlawanan tersebut adalah digunakan untuk menguji keserasian dan kerjasama di kalangan pemain.
Selain itu, Posa turut menyatakan bahawa perlawanan-perlawanan tersebut akan digunakan sebagai medan mengenalpasti kelemahan pemain dan pasukan bagi memastikan pasukan Sarawak FA pada musim 2018 lebih ampuh.
Dalam pada itu, tiga perlawanan yang tersenaraikan semasa pasukan ke Semenanjung Malaysia adalah seperti di bawah:
Felcra FC (Liga FAM) vs Sarawak FA
Tempat: Padang UM
Tarikh: 13 Januari 2018
UiTM FC (Liga Premier) vs Sarawak FA
Tempat: Padang UiTM
Tarikh: 15 Januari 2018
Felda United (Liga Super) vs Sarawak FA
Tempat: Kompleks Sukan BSN Bangi
Tarikh: 17 Januari 2018
Sehingga masa ini, masa setiap perlawanan tidak diketahui oleh pihak kami, dan kami akan membuat pengumuman di laman Facebook SarawakCrocs apabila maklumat tersebut diketahui.
// Jersi Tribal SarawakCrocs bakal dilancarkan ISNIN ini. Dapatkan berita terkini diĀ Kedey.SarawakCrocs.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Lineup pn tak nampak lg…
Atur jak lah sia…bukan perkara baru…dah lebih 3 tahun pun hancur…not a surprise
Biar betul Sarawak mengatur perlawanan??? Ooooo…mengatur perlawanan persahabatan. Ilek laa..org guro jak pun..
bagus lah ada kan prlawanan prsahabatan harap pemain yg dpileh mpunyai skill yg tggi bolih dharap