11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Selepas lebih 24 jam isu pembayaran gaji pemain di Sarawak United kedengaran di ruangan BH Sukan, tidak ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak kelab tersebut berkenaan khabar tersebut.

Ini adalah agak diluar normal kelab tersebut yang sering dengan cepat mengeluarkan kenyataan rasmi bagi membidas berita seumpamanya pada masa lepas.

SHOPEE

Biarpun tidak mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan hal yang hangat diperkatakan itu, laman rasmi Kenyalang Emas tidak juga mendiamkan diri apabila telah bertindak memuat naik gambar dengan kenyataan “Alone we can do so little, together we can do so much.” (Bersendirian kita boleh lakukan sedikit, bersama kita boleh lakukan banyak”.

Maksud tersirat kenyataan tersebut tidak dapat dipastikan, namun di ruangan komen, maklumbalas kelab tersebut terhadap komen seorang peminat mendapat perhatian kami.

// DAPATKAN JERSI SUFC BERMULA DARI RM39 DI SHOPEE

Dalam komen peminat tersebut, peminat tersebut berkata “lone2 jugak…together2 jugak. Kenapa selalu sangat ada isu tunggakan gaji ni? Kasihan kat player yg main berhempas pulas…benda2 mcmnila boleh dorong player ambik side income…kalau paham….bisa” dengan Sarawak United memilih untuk memberi maklum balas terhadap satu satu komen tersebut.

Dalam komen balas, Sarawak United telah memberi respon “tenang, pihak pengurusan pun berhempas pulas menyelesaikan semua masalah. Semoga urusan kita smua dipermudahkan”.

Anda boleh lihat komen tersebut di bawah seperti yang kami ambil secara terus dari laman sosial rasmi kelab tersebut.

Komen dari lama media sosial rasmi Sarawak United itu sedikit sebanyak mengesahkan bahawa sememangnya hadir sedikit permasalahan di dalam kelab kini yang sedang diuruskan oleh pihak pengurusan kelab tersebut, namun tidak dapat dipastikan apakah ‘semua masalah’ yang disebut.

Walau apapun, diharapkan segala masalah, sekiranya berkaitan gaji pemain, dapat diselesaikan dengan segera oleh pihak berkenaan agar pemain dapat menerima ganjaran mereka selepas berhempas pulas demi kelab yang mereka wakili itu.

Sarawak United kini di tangga teratas Kumpulan A Piala Malaysia dan sudah melayakkan diri ke Liga Super pada musim hadapan.

Anda boleh melihat gambar dan kenyataan yang dikongsikan kelab tersebut di sini.