LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Biarpun telah dinafikan beberapa kali, isu tunggakan gaji pemain dan pegawai Sarawak United kembali menjadi bualan di media sosial selepas berlakunya pendedahan ‘menarik’ dari akhbar BH Sukan dalam artikel bertajuk “Poket pemain, pegawai Sarawak ‘kering’.

Akhbar tersebut telah memetik sumbernya yang mendakwa bahawa sememangnya wujud masalah pembayaran gaji di dalam Sarawak United.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Khabar yang di bawakan akhbar berbahasa Melayu itu menyatakan bahawa gaji telah tertunggak selama dua bulan setengah untuk pemain dan tiga bulan setengah kepada barisan kejurulatihan.

// DAPATKAN STIKER SARAWAK

BH Sukan juga mendakwa sumbernya telah mengesahkan dakwaan bahawa pasukan Kenyalang Emas itu berdepan tunggakan gaji seperti yang hangat diperkatakan di laman media sosial.

“Ya, memang benar ia berlaku (tunggakan gaji). Ada yang mula tertunggak sejak dari Julai. Tetapi pengurusan memaklumkan mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah terbabit.” petik BH Sukan daripada sumber yang tidak dinamakan.

“Pembayaran juga dilihat agak kurang teratur kerana ada yang dibayar khususnya yang bergaji kecil tetapi yang lain tidak mendapat gaji.

“Ada pemain yang sanggup menunggu tetapi difahamkan ada pemain yang menghantar surat tuntutan kepada pengurusan mengenai tunggakan gaji mereka,” ulas sumber BH Sukan itu lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, BH Sukan juga mendakwa seorang pemain Sarawak United yang enggan dikenali juga telah melahirkan kekecewaan beliau berkenaan isu tunggakan gaji berkenaan.

Sebelum ini, seorang individu di media sosial telah membuat dakwaan berkenaan isu gaji di Sarawak United, namun pihak Sarawak United telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan tersebut dan mengugut akan menyaman individu tersebut.

Kali ini, pihak kami juga menjangkakan Sarawak United akan juga mengeluarkan kenyataan penafian dan ugutan sama terhadap pihak yang mengeluarkan berita tersebut dalam masa terdekat bagi memastikan reputasi dan maruah pasukan tersebut tidak dicalari isu tungakkan gaji.

Walauapapun, adalah diharap gaji pemain dan pegawai Sarawak United akan dibayar segera kerana gaji adalah hak pemain dan pegawai dan mereka seharusnya dibayar tepat pada waktunya selepas melaksanakan kerja yang diamanahkan.