11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Sarawak United tewas 2-1 kepada pasukN Liga Super Terengganu malam tadi.

Dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi, kedua – dua pasukan saling berbalas serangan dengan Faisal Abdul Halim membuka tirai jaringan pada minit ke-17.

SHOPEE

Sarawak United kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan melalui gol sendiri oleh pertahanan, Shahrul Nizam Ros Hasni, lima minit kemudian.

Faiz Nasir muncul wira Terengganu dengan gol kemenangan pada minit 51 untuk memastikan skuad Penyu menjadi pilihan untuk layak ke separuh akhir.

Di akhir perlawanan, pengendalinya Terengganu, Nafuzi Zain, tidak mahu berpuas hati.

Nafuzi berkata bahaw suku akhir kedua di Stadium UiTM Shah Alam pada Khamis ini akan lebih mencabar kerana peluang masih terbuka untuk Sarawak United yang kini mempunyai kelebihan satu gol di tempat lawan.

Sungguhpun demikian, Nafuzi tetap sangat berpuas hati dengan persembahan pemain terutama beberapa pemain muda yang berjaya menangani tekanan sepanjang 90 minit di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

>>> LIHAT KOLEKSI MAFLA TERENGGANU FC

“ Saya sudah jangkakan terhadap cara dan masalah yang kita hadapi bagi berdepan lawan seperti Sarawak tetapi bagi saya kedua-dua pasukan bermain bola sepak dengan baik selain mencipta banyak peluang.

“ Di akhirnya, kita menang 2-1 dan sangat berpuas hati malah ada pemain-pemain baharu yang jarang beraksi di Liga Super, mampu menyerap tekanan dalam perlawanan besar sebegini.

“ Sarawak masih mempunyai peluang di pertemuan kedua kerana kedudukan 1-2 bukan satu keputusan yang selesa kepada kami selain faktor jaringan di tempat lawan, ” katanya selepas perlawanan.

Dalam perkembangan sama aksi Faiz turut mendapat pujian Nafuzi sambil menyifatkan pemain berusia 29 tahun itu menampilkan antara prestasi paling cemerlang sepanjang kempen TM Piala Malaysia 2021.

“ Bagi saya, persembahan Faiz adalah yang terbaik di Piala Malaysia, saya harap dia boleh terus kekalkan persembahan sebegitu dalam perlawanan yang besar.

“ Faiz ini seorang pemain yang ada keyakinan tinggi walaupun badannya kecil namun hati besar, kalau boleh saya hendak 25 pemain lain seperti dia, ” katanya lagi.