11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim, memberi gambaran baginda bakal mengulas isu berkenaan bola sepak Sarawak.

Buat masa ini, tidak diketahui apakah yang akan diulas oleh baginda, namun, satu tangkap layar dari InstaStory baginda menyaksikan baginda meletakkan gambaran awal bakal mengulas ‘PerakFC’ dan ‘SarawakFC’.

SHOPEE

Anda boleh melihat tangkap layar dari akaun TMJ di bawah.

>> DAPATKAN MAFLA JDT YANG TERKINI

Pihak kami tidak mahu membuat spekulasi berkenaan apakah ulasan TMJ yang akan datang, namun komen daripada ‘individu yang dipandang tinggi oleh masyarakat bola sepak Malaysia’ ini sememangnya akan pasti mengundang ramai pemerhati dan juga ulasan daripada pihak – pihak berkaitan.

Sebelum ini, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) telah mengesahkan beberapa pemain Sarawak United telah membuat aduan rasmi berkenaan kelewatan menerima gaji dan bonus mereka.

Samada TMJ akan mengulas berkenaan pasukan tersebut mahupun tindakan pemain tersebut kini hanya spekulasi sehingga ulasan tersebut keluar secara rasminya.

Kemaskini 7.32PM: Status InstaStory TMJ telah dibuang dari akaun instagram beliau.