David Usop, jurulatih Sarawak enggan menyalahkan pemainnya dia atas kekalahan Sarawak kepada Selangor malam tadi.

Menurut jurulatih sementara Sarawak itu, skuad bimbinganya masih berpeluang melakukan kejutan ke atas Selangor pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Sungguhpun demikian, David meletakkan syarat kejayaan tersebut terhadap kemampuan pemain Skuad Bujang Senang yang mana perlu mengelak daripada melakukan kesilapan mudah sehingga gawang dibolosi pihak lawan.

David turut membayangkan barisan terbaiknya di Shah Alam kelak dan memaklumkan Astro Arena beliau akan menggunakan tempoh tiga hari rehat ini untuk mengkaji serta memperbaiki kesilapan yang berlaku semasa perlawanan Selasa lalu.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey