Menurut laporan Sinar Harian, pasukan Liga Premier Sarawak FA bakal mendapat RM1 juta pada hari Rabu ini.
Wang tersebut akan disalurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan pasukan dari Liga Super menerima RM3 juta, dan pasukan dari Liga Premier mendapat RM1 juta.
Makluman berkenaan penyaluran wang tersebut dibuat oleh Presiden FAM, Tungku Ibrahim apabila mengulas berkenaan hasrat beberapa pasukan yang telah didenda baru-baru ini untuk menarik diri dari Liga Malaysia.
Sarawak FA merupakan satu daripada 10 pasukan yang telah didenda oleh pihak FMLLP ekoran kegagalan menghantar dokumen pendaftaran yang lengkap.