Home BERITA BOLASEPAK Liga Premier: Sarawak FA lonjak ke tempat ke-4 liga

Liga Premier: Sarawak FA lonjak ke tempat ke-4 liga

Pasukan Liga Premier Sarawak FA melonjak ke tempat ke-empat selepas mengutip mata penuh di Stadium Negeri tadi.

Kedudukan ini walaubagimanapun dijangka tidak akan bertahan lama, dan mungkin akab berubah seawal malam ini sekiranya Kuantan FA berjaya menundukkan Felda United di laman lawan.

JIka Kuantan FA gagal meewaskan Felda United, Sarawak akan terus kekal di tangga ke-empat sehingga perlawanan-perlawanan Liga Premier pada esok hari (Sabtu).

Kemenangan keatas PDRM FA menyaksikan Sarawak FA kini sudah memenangi dua daripada lima perlawanan Liga Premier yang sudah ditempuhi, dengan dua keputusan seri.

Dengan lapan mata daripada lima perlawanan, Sarawak FA kini seiring dengan pasukan UiTM FA dan Sabah FA yang menghuni tangga ketiga dan kedua masing-masing.

Sungguhpun demikian, kedua-dua Sabah FA dan UiTM FA masih memiliki satu perlawanan lagi, kedua-duanya berlangsungkan esok.

Pasukan PDRM FA yang ditewaskan pasukan Sarawak FA tadi pula, kini berada di tangga kelapan liga.

Previous articleLiga Premier: Sarawak FA benam PDRM
Next articleSarawak FA dapat RM1 juta Rabu ini

13 COMMENTS

    • Berita pasal result sudah kami tuliskan boss. Lagipun, bagus kalau klik link, menggalakkan amalan membaca. Lagipun, kalau nak tahu, page ini adalah untuk laman web kami, jadi keutamaan adalah pada website dan bukan FB =)

Comments are closed.