Home Malaysian football Sarawak FA kian parah, kini didenda RM500K, boleh dipotong 6 mata!

Sarawak FA kian parah, kini didenda RM500K, boleh dipotong 6 mata!

FAS logo

Keadaan pasukan Liga Premier Sarawak FA semakin parah apabila pihak FMLLP hari ini mengumumkan bahawa Sarawak, bersama enam lagi pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaran pasukan, akan didenda sekurang-kurangnya RM500,000.

Menurut kenyataan FMLLP di laman Facebook rasminya, tiga jenis hukuman telah diputuskan pada mesyuarat Lembaga Pengarah Football Malaysia LLP (FMLLP), yakni denda, sekatan perpindahan dan pemotongan mata.

Memandangkan SarawakCrocs khas membawakan berita bolasepak Sarawak, kami juruskan denda terus kepada Sarawak FA, yang mana telah gagal melengkapkan pendaftaran pasukan apabila tarikh akhir berbuat demikian berlalu.

Oleh yang demikian, pasukan Sarawak FA yang bermain di 100PLUS Liga Premier akan dikenakan denda sebanyak RM 500,000, disekat daripada membuat perpindahan pemain, dan akan dipotong 6 mata dari Liga Premier.

Pemotongan mata walaubagaimanapun merupakan hukuman tertangguh yang akan dilaksanakan jika Sarawak FA terbabit melakukan apa-apa kesalahan mengikut Manual Liga Malaysia 2018 dan juga peraturan-peraturan yang telah ditetapkan FMLLP dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermula dari sekarang sehingga 31 Disember 2018.

Ini bermakna, Sarawak FA sendiri akan menentukan samada mereka akan dipotong mata dari Liga Premier.

FMLLP dalam pada itu membenarkan semua pasukan, termasuk Sarawak FA untuk merayu hukuman yang dikenakan.

Selain Sarawak FA, tiga pasukan Liga Premier lain yang turut gagal melengkapkan dokumen pendaftaran pasukan sehingga 5 Mac 2018 adalah Kelantan FA, Kuantan FA, dan Pulau Pinang FA, yang mana mereka juga akan menerima hukuman sama dengan Sarawak FA.

RECOMENDED LINKS:


84 COMMENTS

  1. Pilek jua dak dlm fas masatok dah tau sik terkabir ngurus fas lepaskan je persatuan ya .jpa mteri sukan Sarawak padah je sik terkabir,ya terpulang dgn mteri mcmney dak kementerian atur persatuan ya,kita supporter pun pening mikir hal tok APA lagi player2 n gang kejurulatihan.

  2. Lpas tok xda gik Sarawak maen bol,,,,cney ndak tuju duit kh? Sarawak spatutnya kaya dari Malaysia,,,tusah ku madah gik bahh.😤😩

  3. dulu dah cakap bubur aja fas pilih yg lain ali shapie bolih jafi perisden jalil ada dab ramai yg lain ada buang yg lain mun mukah jamal ada sibu halil ada silra lah fas yg afa skrg undur diri cara terhormat beri org lain yg bolih bekerja faham erti bolasepak

  4. And the what and the why is going around about. Blm sempat nak ke stadium nak beli jersi baru Sarawak terus dengar berita jual perlawanan. Bagus gik jual rojak sontong.

  5. salah pengurusan dikpun sambil lewa dalam menguruskan pendaftaran pemain, dah 3 kali diberik peluang & tempoh oleh fam, fmllp & tmj..

  6. Komen paling sik masuk akal, bila nyuruh pengurusan keluar dari gabungan FAM,kak ya join liga lain..Maka pengurusan kedirik yang buat masalah,bukan orang lain yang timbulkan masalah…PFASSLJ…

Comments are closed.