Pasukan Liga Bolasepak Rakyat Miri FA muncul pasukan kedua layak ke pusingan separuh akhir LBR Kebangsaan apabila membenam Keningau FA di tempat lawan semalam.

Pemain sensasi Miri FA, Mohd Hadera Bakri memberikan momentum awal apabila berjaya menjaringkan gol di seawal minit kelima perlawanan.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Tersentak dengan gol awal, pasukan Keningau cuba bangkit dengan membuat asakan bertubi-tubi ke kubu Miri FA. Hasilnya, pasukan Keningau berhasil mendapatkan gol penyamaan pada minit ke 36.

Pasukan Keningau berjaya mendahului perlawanan setelah berjaya menjaringkan sepakan penalti setelah dikasari pemain Miri di dalam kotak penalti pada minit ke 39.

Namun, keceriaan pasukan Keningau tidak kekal lama setelah Mohd Nur Arshad Tamit berjaya menjaringkan gol kedua untuk Miri FA pada masa kecederaan sebelum tamat separuh akhir pertama perlawanan.

Separuh masa pertama juga menyaksikan 3 kad kuning dilayangkan keatas pemain pasukan Keningau, sekaligus memaparkan kekerasan permainan yang ditunjukkan.

Pada separuh masa kedua, pasukan Miri FA terus fokus biarpun menghadapi provokasi dan bentesan keras pasukan lawan. Hasilnya Mohd Hadera Bakri sekali lagi berjaya mencipta gol pada minit ke 50 perlawanan.

Tindakan pemain pasukan Keningau mempamerkan corak permainan yang keras membawa padah apabila salah seorang pemain dilayangkan kad merah pada minit ke 50 perlawanan.

Separuh masa kedua juga menyaksikan pasukan Miri mempamerkan corak permainan yang lebih kemas untuk mengekalkan kedudukan 3-1 hingga wisel penamat.

Kemenangan tersebut sekaligus melayakkan pasukan Miri FA untuk mara ke pusingan suku akhir LBR Kebangsaan, bersama pasukan Tawau FA sebagai wakil zon Borneo.

Pasukan Miri dijadualkan akan melayan kunjungan Rantau Panjang FA di padang Kelab Rekreasi Petroliam Lutong pada 24 Mac 2018 untuk perlawanan pertama peringkat suku akhir LBR Kebangsaan.

2 COMMENTS

Comments are closed.