Pasukan Badak dikhabarkan sudah hampir pasti mengikat penyerang yang pernah berkhidmat dengan kelab Jerman Hamburger SV, Jonathan Béhé. Selain Hamburger, Jonathan juga pernah bermain untuk kelab Perancis Le Mans dan Montpiller, sebelum beliau ke Liga Singapura dan menyertai pasukan Warriors FC.
Apabila bersama Warriors FC, Johnathan muncul penjaring kedua terbanyak di Liga Singapura.
Jonathan dikatakan kini hanya memerlukan kelulusan perubatan untuk ditandatangani sebagai pemain Sabah yang sah, sekaligus mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Muamer Salibasic yang tidak dilanjutkan kontrak.
Kemasukan Jonathan ke Sabah FA menyaksikan tiga orang berbangsa Perancis bakal mewarnai pasukan Sabah musim hadapan, selepas Sabah mengambil Adlane Messelem dan Steve Vilmiaire di posisi Pengarah Sukan dan Ketua Jurulatih masing-masing.
Selain Jonathan, Sabah FA juga dikhabarkan telah menawarkan lanjutan kontrak kepada pemain pertahanan dari Croatia, Igor Cerina.
MAKLUMAN: Semak pertandingan futsal/bolasepak di sekitar kawasan anda di laman web ini secara percuma!
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Hairan, hebat pengurusan sabah jumpa player yg nampak bagus. Hehehe
Mmg bgs Sabah ni dpt player Dari liga terbaik dunia
[…] sebelum ini mengesahkan pengambilan Jonathan Behe sebagai pemain import baharu, selain mengekalkan Igor […]
[…] FA yang mengesahkan sendiri berita tersebut, telah memaklumkan bahawa Jonathan Behe dari Perancis, serta Masaya Jitzono telah menandatangani kontrak bersama pasukan yang bermarkas di […]