Dua pemain import, seorang dari negara Perancis, dan seorang lagi dari negara Jepun, bakal mewarnai bolasepak Malaysia pada musim hadapan setelah mereka secara sah diambil sebagai pemain import pasukan Sabah FA.
Sabah FA yang mengesahkan sendiri berita tersebut, telah memaklumkan bahawa Jonathan Behe dari Perancis, serta Masaya Jitzono telah menandatangani kontrak bersama pasukan yang bermarkas di Stadium Likas itu.
Behe merupakan seorang penyerang, manakala Jitzono merupakan seorang pemain tengah.
Kedua-dua pemain yang merupakan bekas pemain Liga Singapura, diterima secara gembira ke Sabah oleh jurulatih berbangsa Perancis, Steve Vilmiaire, yang mana turut menyatakan Sabah masih lagi mencari seorang lagi pemain import untuk musim hadapan.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




min nak tyk lok ..ptg tok srwk da traning x
Jonathan behe ka?
Jgn import ya main mcm taik
Baca smpei habis,cdak Sabah FA dah ikat cdak nya..
Tok import sabah tok.
Player dari mna yg join team Sabah tu