Krisis di Kelantan dilihat semakin meruncing berikutan hasrat Annuar Musa mengundur diri sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Menurut akhbar Sinar Harian, gergasi bolasepak pantai timur itu kini berdepan masa depan tidak menentu berhubung penyertaan mereka dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan ekoran kekangan kewangan.

Masalah kewangan ini telah mengakibatkan status Kelantan di Liga-M pada musim hadapan samar dengan pihak KAFA hanya berupaya mengetahui status pasukan bolasepak yang diberi jolokan The Red Warrior (TRW) dalam dua minggu lagi.

Bendahari Kafa, Nik Aminaldin Nik Jaafar dikatakan tidak menolak segala kemungkinan bagi TRW, termasuk tindakan menarik diri dari Liga-M sekiranya KAFA masih gagal mendapatkan sumber penajaan daripada pihak luar dalam tempoh terdekat ini.

Kafa dilaporkan memerlukan sekurang-kurangnya RM15 juta bagi membolehkan mereka membentuk pasukan baharu untuk kembali bersaing secara kompetitif dalam Liga-M musim depan.

17 COMMENTS

    • tajaan memang nampak lumayan… RM16j (8 juta setahun)

      tapi kerana spt tmj kata, ada 8 juta kena belanja 5 juta, dan simpan 3 juta lagi…

      Tapi kelantan ni, ada duit 8 juta, tapi belanja 15 juta. berhutang tak dapat bayar gaji pemain la jawabnya

  1. tu lah… TMJ kata, kalau ada RM10, kena belanja RM7, RM 3 lagi simpan..

    Bukan ada RM10, tapi belanja RM15. at the end berhutang, tak dapat bayar gaji pemain salahkan FAM dan penaja..

    Tajaan RM8 juta (16 juta 2 tahun) dari vida sebenarnya lebih dari mencukupi

Comments are closed.