Rekaan jersi Kuching FA 2020 dilancarkan

Kelab bola sepak Kuching FA hari ini melancarkan secara rasminya jersi bagi musim 2020.

Tidak seperti kelab bolasepak lain, Kuching FA memilih untuk membuat pelancaran jersi musim 2020 mereka secara tertutup dengan memperkenalkan video jersi tersebut di media sosial bagi peminatnya.

Dalam satu video pengenalan ringkas, rekaan minimalist seiras rekaan jersi terkini diperkenalkan oleh kelab tersebut.

Video pengenalan menampilkan empat pemain Kuching FA yakni Tommy Mawat, Yuta Suzuki, Joseph Kalang Tie dan penjaga gol Hafiezul Hisyam Roslee dengan keempat-empat pemain tersebut mengenakan jersi baharu Kuching FA bagi musim 2020.

Seperti yang sudah diketahui, pada musim ini, Kuching FA akan menggunakan jenama tempatan, Starsport dan ini sekaligus memberikan pasukan tersebut kelebihan dari segi rekaan.

REKAAN JERSI KUCHING FA 2020

Sungguhpun demikian, rekaan Kuching dilihat bertepatan dengan ciri rekaan pasukan bola sepak seluruh dunia kini yang lebih minimalist.

jersi kuching fa 2020

Seperti yang dijangka, jersi Home bagi Kuching FA mengekalkan warna hijau putih pasukan tersebut dengan warna putih dijadikan warna utama jersi dengan belang hijau di bahagian hadapan.

Jersi home Kuching FA menggunakan kolar jenis ’round neck’ berbutang.

Jersi kali ini juga mengenakan seluar putih dan stokin hijau bagi melengkapkan ‘kit’ musim 2020 Kuching FA apabila bermain di tempat sendiri.

Jersi Away pula berwarna merah dan putih, sekaligus mengekalkan warna tradisi away pasukan Kuching FA yakni merah dan putih.

Rekaan jersi Away Kuching dilihat agak berlainan dari rekaan biasa dimana ianya menggabungkan corak linear dan kemas tapi amat menarik.

Kolar jersi away mempunyai lipatan dan ianya dikemaskan di bahagian depan dengan bentuk V.

Seluar dan stokin Kuching FA bagi perlawanan Away adalah berwarna biru.

Untuk penjaga gol pula, warna merah jambu menjadi pilihan Kuching FA bagi perlawanan di tempat sendiri. Ianya dipadankan dengan stokin putih.

Rekaan Jersi Kuching FA Away bagi penjaga gol bagi kami paling menarik kali ini kerana ianya menggunakan warna hitam deangan ‘lease kuning’.

Ianya kelihatan amat menarik terutama sekali apabila dipaadankan dengan stokin kuning.

Kesemua jersi Kuching FA mempunyai nama ‘KUCHING FA City of Unity’ tercetak di bahagian depan jersinya, dengan logo Yakult terpampang di sebelah kiri atas bahunya.

Mengikut penerangan berkenaan jersi tersebut, kesemua jersi adalah dibuat secara sublimation.

HARGA JERSI KUCHING FA

Kesemua jersi Kuching FA boleh dibeli dengan harga RM69.90 di Lea Sports Centre.

Jika anda ingin menempak jersi Tribal SarawakCrocs, anda boleh berbuat demikian di www.TheKedey.com.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top