Pasukan Kuching FA berjaya menundukkan pasukan MPKB BRI-UBES FC yang merupakan pasukan dari Kelantan, 2-1 di dalam satu perlawanan sengit di Kota Bharu malam tadi.

Di dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan keputusan terikat 1-1 pada akhir babak pertama hasil jaringan Faizuan untuk pasukan tuan rumah, dan Yusman bagi Kuching FA.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Kuching FA walaubagaimanapun membawa pulang tiga mata berharga setelah pemain gantian Ismail berjaya menjaringkan gol kemenangan bagi pasukannya pada babak kedua.

Kemenangan Kuching FA telah melonjakkan pasukan yang bermula dari Liga Bolasepak Rakyat itu ke tanga teratas Liga FAM.

7 COMMENTS

Comments are closed.