Home Malaysian football Kuching City masih perlu bekerja keras

Kuching City masih perlu bekerja keras

Biarpun sudah menang perlawanan pertama, ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti mengakui bahawa pasukannya masih perlu bekerja keras.

Beliau yang ditemuramah media tempatan memaklumkan bahawa tumpuan khusus perlu diberikan kepada bahagian sayap dan serangan agar ianya benar – benar mantap dan mampu berfungsi.

“Kami perlu bekerja keras, dan menggandakan usaha bagi memastikan posisi serangan dan sayap benar-benar berfungsi.” kata Irfan kepada media tempatan.

Dalam perkembangan sama, Irfan juga tidak menolak kemungkinan situasi perlu berjauhan dari keluarga sedikit sebanyak memberi impak kepada mental pemain.

Beliau menegaskan bahawa pemain perlu memiliki mental yang kuat kerana akan terpaksa bermain di tempat lawan sepanjang sepuluh perlawanan di Liga Premier pada awal – awal musim.

“Selain itu, mental pemain juga perlu kuat dalam menghadapi cabaran apabila terpaksa beraksi di gelanggang lawan bagi kesemua sepuluh perlawanan,” jelas Irfan lagi.

Kuching City akhirnya berjaya mendapat tiga mata penuh selepas menewaskan PDRM FC hujung minggu lalu.

Kelab yang bertapak di Kuching itu akan menggunakan Stadium Likas, Sabah, sebagai gelanggang alternatifnya sehingga tempoh kuarantin kerajaan Sarawak tidak dilaksanakan untuk pemain bola sepak.

SOURCESS
Previous articleBoleh mula masuk stadium
Next articleMain ‘away’ sampai puas