Kelab Liga Premier, Kuching City telah disahkan mengambil mantan ketua jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin.
Sulaiman yang sebelum ini dikaitkan dengan jawatan di Sarawak United FC, disahkan berpindah ke pasukan muda itu selaku Penolong Jurulatih kepada Irfan Bakti, yang mana akan menjadi Ketua Jurulatih pasukan utama kelab tersebut.
Pihak kami telah menghubungi pihak Sulaiman sendiri dan beliau telah mengesahkan bahawa beliau kini sudah berada di Kuching dan sedang menjalani kuarantin.
Sulaiman sememangnya bukan nama asing di dalam Liga Malaysia apabila beliau membawa pasukan UKM FC untuk terus kekal di Liga Premier selama dua tahun berturut – turut secara merit.
Di bawah Sulaiman, UKM berjaya menghasilkan ramai pemain muda yang berbakat.
Pelantikan Sulaiman ke jawatan penolong jurulatih Kuching City memberi indikasi sangat jelas bahawa Kuching City sedang melihat kepada membangunkan anak – anak muda.
Ini adalah kerana Sulaiman sememangnya dikenali sebagai antar jurulatih paling berkebolehan di dalam menggilap pemain bola sepak pada usia muda.