Penyerang sensasi Kuching City FC, Bryan Jones, sah tidak disenaraikan oleh Kuching City pada musim hadapan.

Ini dipastikan selepas Ketua Jurulatih kelab tersebut, Irfan Bakti, dipetik akhbar Harian Metro sebagai menyatakan bahawa Kuching City telahpun menyenaraikan empat pemain import yang mana tidak termasuk Jones.

Pemain – pemain import yang disenaraikan Irfan hadir dari Brazil, dan mereka adalah Aylton Alemao, Hudson Dias dan Leonardo Alves, manakala Yuta Suzuki hadir dari Jepun.

Bekas jurulatih Terengganu FC (TFC) itu berkata beliau percaya keempat – empat tonggak tersebut mempu menjadi nadi kepaa kekuatan pasukan dalam saingan Liga Premier kelak.

“Kami percaya empat tonggak import itu mampu menjadi nadi kekuatan pasukan dalam saingan Liga Perdana yang bakal berlangsung akhir bulan depan.” kata Irfan kepada Sukan NST.

Selain empat bintang import itu, Kuching City juga akan dibarisi ramai pemain anak Sarawak dengan Joseph Kalang diberikan tugas selaku ketua pasukan.

“Selain itu majoriti pemain kelahiran Sarawak diketuai kapten, Joseph Kallang Tie turut diletakkan harapan yang tinggi untuk bersaing dalam kancah liga,” ujarnya lagi.

Pengguguran Jones dilihat agak mengecewakan.

Ini adalah ekoran prestasi hebat pemain import tersebut pada musim lepas dalam membantu Kuching menamatkan musim 2020 di kedudukan ke-empat Liga Premier.