Jenama sukan terkenal, JOMA, hari ini telah memperkenalkan jersi latihan bagi kelab bola sepak Sarawak United.

Jersi serba kekuningan itu tampak ringkas, dan menyerlah dengan warna kekuningan yang selaras dengan nama timangan Sarawak United yang merupakan ‘The Golden Hornbill’.

Ianya juga kini mengenakan logo Sarawak United, yang mana merupakan satu perubahan jika dibandingkan dengan jersi musim lepas yang masih menggunakan logo Persatuan Bolasepak Sarawak.

Menurut kenyataan JOMA, jersi tersebut boleh didapati daripada ejen yang yang menjual barangan kelab tersebut.

Pengumuman JOMA ini mengesahkan berita kami sebelum ini yang mana menyatakan bahawa Sarawak United akan terus menggunakan JOMA, dan akan kini memaperkan jersi dengan logo Sarawak United.

Anda juga boleh mendapatkan jersi original SarawakCrocs dan jersi Sarawak United FC di www.TheKedey.com.