Mantan pemain Sarawak FA, Benedict Martin dikesan kini berada di Kota Kinabalu dan sedang menjalani latihan bersama pasukan Sabah FC.

Benedict ymerupakan pemain pertahanan yang berkaliber, dan beliau pernah bermain dengan pasukan Sarawak FA, Perak FA dan Kuala Lumpur FA.

Pada tahun 2017, Benedict telah dipancing oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) untuk bermain kembali bersama pasukan Sarawak FA pada tahun 2017.

Status Benedict bersama Sabah tidak dapat dipastikan kini, namun pemain serba boleh itu cukup dikenali dengan kehebatan kebolehan beliau menguruskan bahagian pertahanan pasukan.

Kehebatan beliau mengatur bahagian pertahanan pasukan menyaksikan beliau pernah diberi tugas sebagai ketua pasukan Kuala Lumpur pada tahun 2013.

Kelab Bolasepak Sabah kini di dalam proses membina semula pasukan selepas berlaku perubahan pemilikan dalam masa sebulan lalu.

Antara pemain lain yang turut juga dilihat bersama kem Sabah FC adalah bekas penyerang sensasi Sarawak FA, Bobby Gonzales.

Anda boleh melihat gambar koleksi sesi latihan Sabah FC di pautan dibawah.