LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Posa Majis telah didakwa memberi amaran kepada pihak – pihak yang cuba memperbesarkan isu tunggakkan gaji Sarawak United.

Menurut laporan media tempatan, pemilik bersama kelab Liga Super itu telah telah menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak tersebut yang mana akan secara tidak langsung menganggu keharmonian pasukan.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Posa dalam sebuah artikel mendakwa bahawa masalah tersebut tunggakan gaji tersebut hanya berlaku atas beberapa faktor tertentu dan bukan disebabkan pihaknya tidak mahu membayar langsung gaji pemain.

Sarawak United sebelum ini terpalit isu tunggakkan gaji selepas pemain dan juga ketua pasukannya kelab tersebut, Taylor Regan, memberi temubual khas berkenaan isu berkenaan di Astro Arena.

Dalam temubual esklusif itu, Taylor mendedahkan beberapa perkara ‘berat’ berkenaan kelab tersebut.

Sungguhpun demikian, isu tunggakan gaji Sarawak United kini dianggap selesai selepas Ketua Pengarah Eksekutif Malaysia Football League (MFL), Stuart Ramalingam, mengesahkan bahawa terdapat bukti bahawa kelab tersebut telah berjaya melangsaikan semua tunggakan gaji.