LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab Liga Super Sarawak United telah mengumumkan mereka telah menyerap lima pemain Piala Presidennya ke pasukan Liga Super kelab tersebut.

Pemain yang diserap adalah pemain pertahanan Norman Angkun, pemain tengah Abang Azri, Zharmien Ashraf dan Muhammad Dzul Ikram Rajeli, serta pemain penyerang Alphonsus Joseph Willie.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Pasukan Piala Presiden adalah pasukan bawah-21 tahun bagi kelab tersebut.

Dengan pengumuman tersebut, Sarawak United kini sah telah menambah lima pemain baharu ke dalam pasukan utamanya selepas sah melepaskan Taylor Regan, dan Norsharul Idlan Talaha, dengan dua lagi pemain, yakni pemain tengah Zahril Azri dan Saiful Wazizi, sah meninggalkan kelab tersebut untuk menyertai Selangor dan Kuching City masing – masing.

Adalah dijangkakan Sarawak United akan terus membuat rombakan besar kepada pasukan tersebut dalam minggu – minggu akan datang sebagai persiapan sebagai pasukan baharu di dalam Liga Super.

Menurut artikel Wikipedia, Sarawak United telah layak ke Liga Super buat pertama kali sejak menyertai Liga Malaysia secara rasmi pada tahun 2016, sekaligus menjadikan pencapaian pada musim 2021 sebagai pencapaian terbaik kelab tersebut sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1946.