LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pemain dari Serian, Sarawak, Rodney Celvin Akwensivie, kini sah menjadi pemain tetap dan terbaharu pasukan Kedah Darul Aman selepas kelab tersebut memuktamadkan pengambilan pemain berdarah kacukan Bidayuh-Ghana itu.

Rodney yang sememangnya merupakan ‘komoditi panas’ di bahagian pertahanan melengkapkan kuota 25 pemain tempatan bagi musim 2022 bagi pasukan Hijau Kuning.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Pemain berusia 26 tahun itu pada asalnya merupakan pemain Selangor, namun beliau telah dipinjamkan ke Kedah pada musim lepas.

Kedah dalam mengumumkan pengambilan Rodney menyatakan bahawa prestasi cemerlang Rodney adalah punca utama beliau diserap terus ke dalam pasukan Liga Super itu.

“Prestasi cemerlang beliau meyakinkan barisan kejurulatihan untuk terus mendapatkan khidmatnya secara tetap.” kata Kedah dalam satu kenyataan ringkas di media sosialnya.

Kelab tersebut juga menyatakan bahawa Rodney tetap menunjukkan aksi cemerlang semasa bersama Kedah biarpun beliau bergelut dengan kecederaan tulang bahu.

Rodney merupakan produk pasukan Belia Sarawak pada musim 2013, dimana beliau diberi kepercayaan Datuk Rajagopal yang pada ketika itu merupakan ketua jurulatih Sarawak FA, untuk memasuki pasukan utama Sarawak FA pada musim 2016.

Selepas bermain untuk Sarawak FA, Rodney telah berkelana ke PKNS FC sebelum ke Selangor FC sebelum beliau dipinjamkan kepada pasukan Kedah FC pada musim lepas, dan kini sah menjadi milik rasmi Kedah.

>> DAPATKAN JERSI KEDAH