Posa diminta serah bukti kepada SPRM

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah telah meminta Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS). Dato Posa Majeis, untuk mengemukakan bukti berlakunya penyelewengan di dalam FAS kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Karim, kes sedemikian seharusnya disiasat pihak bertanggungjawab dengan terperinci.

Karim turut mendedahkan bahawa FAS merupakan penerima geran bernilai RM3.5 juta setiap tahun dari kerajaan Sarawak. Beliau turut menyatakan bahawa FAS mempunyai kebebasan untuk menguruskan geran yang diberikan.

Liga Fantasi

Karim dalam pada itu turut mengesahkan beliau akan berjumpa dengan Posa di dalam masa terdekat.

Komen Karim hadir selepas Posa mengejutkan peminat bolasepak Sarawak dengan mengatakan bahawa wang berjumlah RM91 juta telah diseleweng oleh individu tertentu yang termasuk anggota kerajaan Sarawak.

Posa di dalam satu laporan akhbar disebut sebagai berkata jumlah tersebut telah diseleweng dari tahun 2015 – 2016, dan beliau mempunyai bukti kukuh berkenaan penyelewengan tersebut.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top