PULAU PINANG – Iklim bolasepak Sarawak menerima perkhabaran gembira apabila pasukan MSSM Sarawak mara ke perlawanan akhir setelah menundukkan pasukan MSSM Melaka 1-0 dalam perlawanan petang tadi.
Gol perlawanan MSSM Sarawak dijaringkan oleh Alan Lagang Keryer pada minit ke 24.

Terdahulu, pasukan Sarawak berjaya mengejutkan juara bertahan, Terengganu dalam aksi suku akhir yang telah berlangsung semalam.
Pasukan Sarawak telah menundukkan Terengganu dengan keputusan 2-0.
Gol pasukan Sarawak dijaringkan oleh Gabriel Nistelrooy pada minit ke 64 dan 75.
Perlawanan akhir bolasepak MSSM akan menyaksikan pertembungan antara pasukan Sarawak menentang pasukan Johor Darul Takzim pada 10 Ogos 2018 di Padang USM jam 8.30 malam.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Masih ada pelapis
Masih ada pelapis tp takut sidak tok sikda program kesinambungan dr FAS. Ujong2 terbiar lepas ya sik jadi player bol gik.
Bentuk satu team pake cdak tuk..biar cdak stay dlm satu pasukan..
Sayang pelapis kita dekat sarawak lepas habis sekolah tidak ada akademi utk berlatih
Ada nistelrooy lagi 🤣
Gabriel Nistelrooy…mgkinkah gabriel batistuta + nistelrooy?
Tahniah
Semoga ada kesinambungan bakat2 anak sarawak
Bakat ni mesti dikekalkan jangan pisahkan mereka. Terus bentuk satu kelab
Thniah coach Hakimi..player2x ni jgn lupa di serap ke sarawak fa kelak in future..nisterooy player LBR Miri dn kv miri,ayam tambatan coach tu.hihihi.