Mantan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Abdullah Julaihi telah menafikan berlakunya penyelewengan ketika beliau dan ahli exco lama di bawah Datu Sudarsono memegang jawatan tertinggi FAS.
Abdullah membuat satu kenyataan balas susulan tuduhan Presiden FAS, Dato Posa Majeis yang berkata bahawa wujud ketirisan kewangan sebanyak RM91 juta di dalam FAS.
Menurut Abdullah, tindakan Dato Posa yang secara khusus menyebut tempoh 2015-2016 sebagai tempoh masa wang RM91 juta hilang adalah secara langsung merujuk kepada tempoh beliau merupakan setiausaha Agung FAS. Oleh itu, beliau terpanggil untuk memberi maklumbalas bagi mewakili exco beliau pada ketika itu.
Abdullah dalam pada itu menuduh bahawa kenyataan Posa adalah tidak bertanggungjawab dan berbaur fitnah.

Beliau turut menegaskan bahawa semua wang yang diterima dan dibayar oleh FAS di dalam tempoh yang disebutkan mempunyai rekod kewangan yang sah.
Ini dibuktikan melalui kejayaan audit akaun FAS yang dibuat, dan rekod kewangan yang dibentangkan secara jelas pada setiap Mesyuarat Agung FAS.

Dalam pada itu, Abdullah menegaskan bahawa tuduhan Posa sesungguhnya tidak berasas, dan beliau berpendapat Posa sepatutnya terus berhubung dengan pihak pengurusan lama jika mempunyai kemusyikilan berkenaan isu tersebut.
Abdullah yang jelas kecewa dengan tindakan Posa turut mengatakan bahawa Posa tidak harus terus menggunakan media untuk mencari kesalahan sebelum mendapatkan penjelasan lebih terperinci dari pihaknya.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Muka ada sinyum
Muka konfiden…
Nunggu sprm siasat dolok…mesti ada penyelewengan…nampak glk kehidupan geng2 ktk org idup senang….x salah apa d bingong!!!
Ibrahimovic Stoned sabar pok…komen lebih kelak kita dipadah org lalang
Buat report lah mun nya fitnah…mun sik saman kan..
2 x 5….hancur FAS.
Apa2 jk cita fas tok…sedeh ku ngn team sarawak tok dh…
Saman jak lah..kita tengok sapa yg kena
SPRM take note
Mohon kepastian Admin…Laporan Audit kewangan Tahun 2015-2016 yang tidak lengkap membuatkan pasukan Sarawak tidak diberikan Lesen oleh FMLLP? Betulkah fakta tok Admin….kalau ikutkan berita di dada akhbar Mcm ya lah.
dari apa yang kami tahu, adalah audit di dalam tempoh tersebut lah.. sebelum Datu Sudar meletak jawatan.
pattlah bola sepak kita xpegi jauh..dalaman dlm mcm2
Harap FAS lama dapat menafikan kenyataan Dato Posa tok dengan fakta yang konkrit menerusi saluran yang betul terutamanya saluran undang-undang. Apapun ianya memang merisaukan warga Bolasepak Sarawak. Jumlah ya terlalu banyak.
Kalau ada bukti, patut terus ke SPRM. Jangan tunggu lagi.. Kalau tak betul, pihak yang dipersalahkan harus saman malu.
Betul bro… Kedua-dua pihak perlu buktikan menerusi saluran undang-undang bukannya di dada akhbar dll. Terlalu banyak wayang kulit dan ketirisan..kita dah muak dan loya mendengarnya.
Hakimi Najmi kalo ada bukti minta sidak bersemuka lok bukan terus publish dalam FB
Kt biar sprm buat kerja dlk…apa2 lepas ya br kt nak marah nak maki hamun nak ngelamun nak apa2lah…yg penting hati kt puas…wlu bgmanapun kebajikan player2 sarawak pelu dijaga…bukan perut2 yg x bhati perut pelu dijaga
Mun akaun clean 2015-2016 pa jak ada problem pasal kelulusan lesen sampey FAS knak hukum
Kpd Presiden FAS kinektok mun ada bukti lapor jaklah dgn SPRM Klak cdak siasat