Skandal kewangan berjumlah RM91 juta telah didedahkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais hari ini.
Menurut laporan akhbar Borneo Post, Posa memaklumkan bahawa beliau mempunyai bukti wujudnya penggunaan nama FAS di dalam pengagihan wang bernilai RM91 juta di antara tahun 2015 hinga 2016.
Posa berkata di dalam tempoh tersebut, wujud bayaran-bayaran terkumpul bernilai sehingga RM91 juta.
Wang tersebut kononnya telah disalurkan kepada FAS, namun tidak sesen pun diterima oleh persatuan sambil mendakwa nama FAStelah dipergunakan oleh individu tertentu, termasuk pegawai di peringkat Kerajaan Sarawak.
Susulan itu, beliau turut mendedahkan bahawa FAS telah dijadikan kambing hitam selama ini oleh pihak-pihak tertentu bagi kepentingan diri sendiri.
Posa turut menyatakan bahawa FAS telah selama ini redha dan menerima kritikan berkenaan penyelewengan wang di dalam persatuan, namun beliau merasakan sudah tiba masanya beliau bertindak melindungi reputasi dan imej FAS dari mana-mana salah laku.
Dalam pada itu, Posa juga memaklumkan beliau akan menyerahkan semua bukti yang ada kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan serta merta.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama tuduhan penyelewengan dibuat oleh Posa apabila beliau turut menuduh dua pemain tempatan Sarawak FA disyaki mengatur perlawanan pada awal tahun 2018.
Di dalam kes tersebut, kedua-dua pemain telah dilepaskan tanpa syarat selepas didapati tidak bersalah oleh pihak SPRM.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



91 juta…wow sepatut mcm ya boleh meli player import ngan coch bagus gik….
boleh guna 10 tahun kalau pandai mcm jdt n tmj…….
Wayang jak ya pkei cover dirik jak
Dah drop sarawak baru nak dedah…
Patut la… kedak tok iboh jak nganta team bola
Bagus FAS tok diswastakan. Besar bah 91 juta ya. Mun 91 juta rupiah tauk lah kita. Tok RM91 juta bah.. Boleh polah team yg paling berquality n paling success mun kenak gaya.
Bukan Masalah dah drop Nak dedah… Tp tujuan nya Nak nyatakan apa yang berlaku dgn pengurusan lama…
Sembang babi pn bleh terbang, sapa2 pn bleh alih2 cmtu jg..wyg tamil
Bukan apa. Dolok sik mau declare takut di perati oleh Pak Najib
itu lah ada masalah audit masa pengurusan baru ambil alih. kebetulan fam dah ketatkan syarat. bila x lepas audit pengurusan baru di salahkan. baru xboleh keluar statement apa2, biasa la yg lama kuat kabel
Ini baru kelab SEMUT belum lgi Keturunan Sukusakat dan KORONIKORONI yang dipandang umpama
tuHan Negri
Sebut sikit jee…
Dah kna disiasat atau plbgai tindakan yg dikenakan..