LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Sebahagian besar pasukan yang terlibat dengan jadual pindaan Liga Super bersikap terbuka dan menerima perubahan dilakukan oleh Malaysian Football League (MFL) demi memastikan kelicinan perlawanan akhir Piala FA.

Malah rata-rata mengakui tidak ada sebarang masalah dengan jadual terbaharu dikeluarkan MFL kerana tidak banyak mengganggu perancangan pasukan.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Antaranya ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, yang boleh menerima perubahan waktu sepak mula membabitkan Selangor pada 10 September memandangkan perlawanan akhir turut berjalan pada tarikh yang sama.

“Saya tidak ada masalah untuk perlawanan dengan Selangor pada 10 September nanti diawalkan setengah jam dari jam 7.30 ke 7.00 malam kerana memahami keutamaan perlu diberikan kepada aksi final Piala FA antara Terengganu dan JDT yang berlangsung pada jam 9.00 malam.

“Penonton tiada masalah untuk datang setengah jam awal ke stadium asalkan perlawanan itu berlangsung pada hari Sabtu atau Ahad,” katanya.

Beberapa perlawanan Liga Malaysia terpaksa dipindah ekoran perubahan jadual perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan Terengganu.

Perkara tersebut telah diumumkan MFL kelmarin. – MFL