LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Ketua jurulatih Sarawak United, P. Balachandran memberi pujian kepada pemain – pemain pasukan Sarawak United selepas pasukan bimbingannya itu berjaya memungut satu mata ketika menentang PJ City dalam perlawan Liga Super kelmarin.

Menurut Balachandran, pemain – pemainnya telah menunjukkan kesungguhan biarpun mereka keletihan kerana bermain tiga perlawanan dalam lapan hari.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Beliau juga berkata bahawa Sarawak United banyak memperolehi peluang dan pasukannya kini berhadapan masalah kecederaan, sekaligus memaksa beliau menurunkan hanya pemain – pemain yang dalam keadaan baik.

Biarpun demikian, beliau merasakan pasukannya dalam keadaan baik kerana pada perlawanan menentang PJ City, beliau tidak melihat mana – mana pemainnya mendapat ketegangan otot (cramp).

“Pujian harus diberi kepada pemain – pemain. Kita bermain tiga perlawanan dalam lapan hari, memang memenatkan.” kata Balachandran selepas perlawanan menentang PJ City malam tadi.

“Banyak peluang kita dapat. Tahniah kepada pemain yang bermain. Pemain memang keletihan dan kita bermain selang dua hari.

“Memang kita ramai kecederaan, jadi siapa yang ada, saya pakailah. Kita main tadi pun tidak ada yang cramp.” ulas jurulatih berpengalaman itu lagi.

Sarawak United berkongsi mata dalam perlawanqan di Stadium Negeri malam tadi selepas kedua – dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol.