LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Selepas mengesahkan aksi perlawanan akhir Piala FA 2022 akan berlangsung di Stadium National Bukit Jalil, Malaysia Football League (MFL) juga mengesahkan tarikh perlawanan akhir yang mana ianya ditetapkan pada 10 September 2022.

Mengikut perancangan awal, MFL ingin mengadakan aksi final itu pada 27 Ogos 2022 namun dengan mengambil kira penglibatan JDT di pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 bertemu kelab Jepun, Urawa Reds bagi pusingan 16 pasukan terbaik pada 19 Ogos 2022 maka perubahan tarikh terpaksa dilakukan.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Jika kelab Harimau Selatan itu berjaya mengatasi Urawa Reds, mereka akan beraksi di suku akhir pada 22 Ogos 2022 manakala separuh akhir pada 25 Ogos 2022 justeru MFL menetapkan tarikh final Piala FA pada 10 September 2022 bagi memastikan semua perancangan dan persediaan yang diperlukan untuk kedua-dua pasukan yang mengambil bahagian di dalam perlawanan akhir tersebut dan juga semua organisasi dan agensi berkaitan yang terlibat dalam pengelolaan perlawanan akhir Piala FA lebih jelas dengan tarikh yang diputuskan.

Dengan itu, MFL telah membincangkan pilihan yang ada, kekangan yang dihadapi dan ketidakpastian perancangan itu dan juga mendapat pandangan kedua-dua pasukan mengenai keperluan penyediaan pasukan maka TFC dan JDT bersetuju untuk perlawanaan akhir Piala FA dimainkan pada 10 September 2022.

Berikutan tarikh perlawanan akhir Piala FA 2022 ditetapkan pada 10 September 2022, maka MFL terpaksa mengemaskini semula jadual Liga Super dan Liga Premier musim ini.

Dua perlawanan LS18 yang asalnya dijadual berlangsung pada 10 September 2022 melibatkan Melaka United FC mln Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sri Pahang FC mln Kuala Lumpur (KL) City FC akan diawalkan sehari.

Satu lagi aksi LS18 di antara Sabah FC mln Selangor FC kekal pada 10 September 2022 namun waktu perlawanan dari jam 7.30 malam diawalkan ke jam 7.00 malam bagi memberi laluan kepada perlawanan akhir Piala FA 2022 yang akan bermula jam 9.00 malam.

Dua lagi aksi LS18 di antara Terengganu FC dan Penang FC pada 9 September 2022 bakal dipinda pada 14 September 2022 manakala pertemuan PJ City FC dengan JDT pada 11 September 2022 pula ditetapkan pada 15 September 2022.

Sementara perlawanan tertangguh LS9 melibatkan TFC mln Melaka United pada 2 September 2022 dipinda pada 3 September 2022 manakala aksi tertangguh LS17 antara JDT menentang Melaka United pada 7 September 2022 terpaksa diawalkan pada 29 Ogos 2022.

Turut diluluskan oleh MFL adalah permohonan KDA FC bagi pindaan perlawanan tertangguh LS16, KDA FC dengan Penang FC pada 1 September 2022 kepada 2 September 2022.

Kepada peminat yang mungkin telah menempah tiket penerbangan mereka untuk mana-mana perlawanan ini, sila hubungi wakil kelab anda dengan resit pembelian penerbangan anda untuk MFL memastikan penyelesaian diusahakan untuk anda seperti yang dilakukan dengan peminat-peminat beberapa kelab pada perlawanan yang ditangguhkan sebelum ini.

Dalam pada itu perubahan tarikh final Piala FA 2022 turut menjejaskan jadual perlawanan terakhir Liga Premier, LP18 di mana semua perlawanan yang dijadual berlangsung pada 11 September 2022 akan ditukar pada 17 September 2022. – MFL