Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini mengeluarkan kenyataan balas berhubung kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang sebelum ini kesal dengan tindakan PFAM membuat tuduhan secara umum berhubung masalah gaji tertunggak di dalam Liga Malaysia.

Menyifatkan kenyataan balas kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya, Encik Stuart Ramalingam sebagai “membuktikan bahawa masih ada yang peduli berhubung hak dan kebajikan para pemain di Malaysia”, PFAM melahirkan perasaan terkejut Stuart telah menyelar kenyataan persatuan tersebut.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Menurut PFAM, Stuart sendiri telah bersetuju bahawa masalah tunggakan gaji di Malaysia perlu diselesaikan dan kenyataan yang dibuat oleh PFAM tidak pun ditujukan kepada FAM, mahupun MFL.

PFAM dalam pada itu berkata keyataannya bukanlah kenyataan yang melulu, tetapi telah dibuat setelah mereka melalui tempoh rundingan, perbincangan dan beberapa siri ‘follow up’ bersama pasukan.

IKLAN: Sertai SarawakCrocs Fantasy Premier League (ScFPL) dan berpeluang memenangi hadiah berjumlah tunai lebih RM2,000. MAKLUMAT SELEBIHNYA DI SINI.

PFAM dalam pada itu juga memberi contoh beberapa kes yang tidak diselesaikan biarpun sudah dipersetujui dan dijanjikan ianya akan diselesaikan.

Malahan, PFAM juga mendakwa bahawa ada persatuan negeri yang hanya mengambil tindakan selepas kenyataan media mereka dibuat berhubung masalah tersebut.

Persatuan tersebut juga menyatakan bahawa ada pasukan yang sudah menerima geran tahunan dari MFL namun belum lagi melangsaikan tunggakan gaji seperti yang dijanjikan sambil menegaskan ada pasukan yang juga belum melangsaikan tunggakan gaji sehingga 5 tahun lepas.

Turut didedahkan adalah kegagalan sebilangan pasukan mengikuti jadual pembayaran tunggakan gaji seperti yang telah dijanjikan kepada pemain.

PFAM dalam pada itu juga mendedahkan bahawa ada lagi kes yang belum mereka perincikan dan keluarkan dan berharap pasukan-pasukan yang terbabit melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan segera.

Untuk membaca kenyataan penuh PFAM, anda boleh ke pautan ini.

Ikuti kami di Instagram: www.instagram.com/sarawakcrocs