Malaysia Football League (MFL) selaku badan pentadbir Liga Malaysia telah mengeluarkan kenyataan membidas kenyataan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) yang dibuat hari ini.

Menurut MFL kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menerusi Ketua Pegawai Eksekutif, Izham Ismail bertajuk ‘BALA RM6.4 JUTA’ berkaitan tunggakan gaji pemain adalah satu laporan tidak tepat.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

MFL dalam kenyataan sama menyatakan bahawa kenyataan Izham yang menyelar industri bola sepak Malaysia sudah tenat dan tidak mapan untuk bergerak sebagai satu industri adalah tuduhan liar.

IKLAN: Sertai SarawakCrocs Fantasy Premier League (ScFPL) dan berpeluang memenangi hadiah berjumlah tunai lebih RM2,000. MAKLUMAT SELEBIHNYA DI SINI.

Dalam perkembangan sama, MFL juga mengatakan mereka akui isu tunggakan gaji bukan isu baharu namun ianya sedang diperbaiki dan wujud usaha untuk membendung masalah hutang tersebut melalui kawalan ekonomi bermula musim hadapan.

Pelaksanaan kawalan ekonomi telahpun digunapakai di Sepanyol untuk LaLiga dan ianya terbukti berkesan apabila LaLiga berjaya menghapuskan bebanan hutang tunggakan gaji sebanyak €90 juta (RM422.87 juta) pada 2012 menjadi sifar pada 2017.

MFL dalam pada itu melahirkan perasaan optimis bahawa peraturan kawalan ekonomi dapat membantu pasukan tempatan dalam memahami peraturan dan menimba ilmu baharu dalam pengurusan kewangan.

MFL juga mengakui turut bertindak membayar tunggakan gaji pemain menerusi pemotongan pendapatan hak penyiaran seperti yang diputuskan oleh FAM.

Untuk membaca kenyataan penuh MFL, anda boleh ke pautan ini.

Ikuti kami di Instagram: www.instagram.com/sarawakcrocs