Pasukan Sarawak FA hari ini tidak dinamakan sebagai salah satu pasukan yang mempunyai masalah gaji tertunggak.

Menurut laporan akhbar NST, Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menyenaraikan 12 pasukan Liga Malaysia yang gagal menyelesaikan masalah tunggakan gaji bernilai RM6.4 juta.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Laporan tersebut menyebut secara spesifik bahawa pasukan yang tersenarai adalah Melaka, Pahang, Felda United (Liga Super), PDRM, Kelantan, Negri Sembilan (Liga Premier) dan ATM (Liga M3).

Turut disebut dan disenaraikan adalah pasukan yang kini tidak lagi bertanding di dalam Liga Malaysia yakni Perlis, Kuantan FA, Hanelang, Terengganu City FC dan Marcerra United.

IKLAN: Sertai SarawakCrocs Fantasy Premier League (ScFPL) dan berpeluang memenangi hadiah berjumlah tunai lebih RM2,000. MAKLUMAT SELEBIHNYA DI SINI.

Laporan tersebut menyebut bahawa Kuantan, Hanelang, Terengganu City dan Marcerra telah berhenti beroperasi.

Daripada senarai itu, tiga pasukan dari Borneo Malaysia, khususnya pasukan Sarawak FA, tidak tersenarai, sekaligus memberi berita gembira kepada peminat bola sepak Sarawak.

Ini adalah kerana senarai PFAM itu secara terus mengesahkan bahawa tiada isu tunggakan pembayaran gaji pemain Sarawak FA biarpun ianya pernah menjadi isu sebelum ini.

Pegawai eksekutif PFAM Izham Ismail dalam pada itu dipetik akhbar tersebut sebagai berkata “Ada diantara pasukan gagal melangsaikan tnggakan gaji biarpun sudah menerima geran daripada Malaysia Football League baru- baru ini”.

Ikuti kami di Instagram: www.instagram.com/sarawakcrocs