Pengurus PDRM FA, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar membidas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail yang mendakwa pasukan itu antara salah satu pasukan yang gagal melangsaikan pembayaran tunggakan secara berperingkat kepada pemain.

Beliau melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan PFAM itu kerana Izham sendiri dikatakan telah hadir pada majlis penyerahan tunggakan gaji itu bagi 12 pemain musim 2018 yang terlibat pada Februari lalu.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Justeru, beliau menuntut PFAM agar memohon maaf kepada PDRM kerana kenyataan Izham itu telah mencalar imej pasukannya selepas berusaha keras memastikan bebanan hutang daripada pengurusan lama diselesaikan.

Malah, beliau sendiri mempunyai bukti pembayaran yang telah diserahkan kepada pemain-pemain terbabit dan turut menerima surat penghargaan daripada PFAM.

“PDRM sebenarnya tidak terbabit langsung dengan apa diperkatakan PFAM serta terkejut kerana CEO PFAM sendiri ada hadir pada majlis yang kami lakukan menemui pemain-pemain terbabit.

“CEO PFAM memberikan kami surat penghargaan kepada pengurusan PDRM kerana berjaya melangsaikan hutang berdasarkan aduan pemain pada musim 2018.

“Saya ada resit bukti pembayaran kepada pemain-pemain terlibat dan saya hairan kenapa perkara ini boleh timbul balik pada hari ini, jadi saya minita PFAM bagi penjelasan kembali terhadap kenyataan mereka serta jika perlu mohon maaf kepada PDRM, ” katanya.

IKLAN: Sertai SarawakCrocs Fantasy Premier League (ScFPL) dan berpeluang memenangi hadiah berjumlah tunai lebih RM2,000. MAKLUMAT SELEBIHNYA DI SINI.

PFAM pada Ahad mendedahkan terdapat banyak pasukan masih belum melunaskan tunggakan gaji sebanyak RM6.4 juta termasuk Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, PDRM, Felda United serta ATM yang dikatakan memungkiri janji membayar secara berperingkat kepada pemain terbabit.

Selain itu, Kamarul melahirkan rasa tersinggung dengan apa diperkatakan Izham yang memperkecilkan Peta Hala Tuju FAM, F30 dan Next50 Strategic Blueprint oleh Malaysian Football League (MFL) susulan isu tunggakan gaji yang berpunca daripada pengurusan pasukan dan kelab berkenaan.

Beliau meminta perkara itu tidak sepatutnya disensasikan kerana aspek tunggakan gaji adalah antara isu yang mahu diatasi FAM dan MFL dalam pelan jangka masa pendek dan panjang mereka.

“Saya amat tersinggung apabila PFAM mempertikai bahawa dasar FAM iaitu F: 30 serta MFL iaitu Next50 tidak akan mana-mana, jadi kepada PFAM tolong kaji kembali apa yang anda perkatakan.

“ Jika perlu, kita semua termasuk FAM dan MFL boleh selesaikan cara baik perkara ini tanpa perlu ada-ada perlu mana-mana pihak berkecil hati, ” katanya.

Ikuti kami di Instagram: www.instagram.com/sarawakcrocs