Selepas kejayaan menganjurkan SarawakCrocs Fantasy Premier League 2018/19 (ScFPL), pihak SarawakCrocs kini kembali dengan Liga sama bagi musim 2019/2020.  Untuk rekod, pemenang liga pertama adalah pasukan King Baling.

Kali ini, liga menawarkan hadiah lebih lumayan, yakni bernilai RM2,000 kepada pemenang.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Format pertandingan kekal. Dibawah adalah maklumat berkenaan Liga Fantasi SarawakCrocs 2019/20.

SYARAT DAN TERMA SARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

1. SarawakCrocs Fantasy Premier League dijalankan sepanjang Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/2020.
2. Pasukan perlu didaftarkan sebelum GW1 EPL 2019/20.
3. Pengurus pasukan perlu memastikan pasukan sedia untuk memungut mata sebelum marabakhir GW1.
5. Semua pengurus pasukan harus menyediakan pasukan sebelum jangkamasa ‘cut-off time’ yang ditetapkan oleh pihak EPL Fantasy League. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan pengurus pasukan yang gagal menyediakan pasukan sebelum masa akhir GW1 EPL Fantasy League. Penambahan masa untuk pendaftaran pasukan tidak akan dibuat selepas GW1 tamat.
6. Sistem EPL Fantasy League di laman web https://fantasy.premierleague.com digunapakai sepenuhnya. Pihak penganjur tidak ada kawalan terhadap cara kira mata pasukan dikira dan ianya ditentukan sepenuhnya oleh pihak pengurusan EPL Fantasy League. Oleh yang demikian, pemenang boleh juga dari kalangan penganjur.
7. Pemenang dengan mata liga terbanyak pada akhir musim EPL akan menentukan kejuaraan.
8. Pengurus pasukan bebas menggunakan segala cip dan kemudahan yang disediakan di dalam laman web EPL Fantasy League untuk bermain.
9. Pemenang akan ditentukan pada dua masa, yakni pada penghabisan GW38 (mata terbanyak dari GW1 – GW38).
10. Pemenang ada seminggu untuk menuntut hadiah selepas pemenang diumumkan. Kegagalan menuntut hadiah selepas semiggu akan mengakibatkan hadiah ditarik balik.
11. Liga terbuka kepada orang ramai seluruh Malaysia.

HADIAH SARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

HADIAH GW38 (Mata terbanyak dari GW1-GW38)
#1 RM1,000
#2 RM500
#3 RM250
#4 RM160
#5 RM100

HADIAH BULANAN: Hadiah misteri dalam bentuk tunai untuk pasukan terbaik (Top team) dan pasukan tercorot (Bottom league team)

Keputusan liga adalah muktamad. Memandangkan kedudukan pasukan dikawal sepenuhnya oleh sistem FPL, pasukan milik pihak penganjur juga layak menerima hadiah.

YURAN
RM30 satu pasukan

SYARAT MENDAFTARKAN PASUKAN

1. Pengurus pasukan boleh memiliki lebih dari satu pasukan dengan syarat yuran untuk semua pasukan dibayar.
2. Nama pasukan tidak boleh diubah selepas pendaftaran dibuat. Mengubah nama pasukan akan menyukarkan proses memberi hadiah.
3. Pembayaran harus dibuat secara penuh sebelum liga bermula.
4. Hadiah akan dibayar dalam bentuk ‘Bank in’ ke akaun pemenang.  Pemenang perlu memberi nama penuh, nombor telefon dan nombor kad pengenalan untuk memudahkan proses bank-in.

CARA BERMAIN DAN MENYERTAI

  1. Buka akaun dan buat pasukan di https://fantasy.premierleague.com
  2. Pilih pemain dan siapkan pasukan anda.
  3. Hubungi agen pertandingan untuk mendaftarkan pasukan serta membuat bayaran. Agen-agen sah kami adalah:
    • DON (+60135693485)
    • KIM (+60128086262)
    • CYRIL (+60168756183)
  4. Save dan ingat nombor agen anda. Jika anda ada sebarang masalah, anda terus berhubung dengan dia.
  5. Uruskan pasukan anda dari GW1 – GW38 dan cuba dapatkan mata terbanyak.
  6. Hubungi agen anda sekiranya anda tersenarai sebagai pemenang.
  7. Tarikh tutup penyertaan adalah 10PM, 9 Ogos 2019. Anda digalakkan mendaftar awal agar tidak terlepas.