Petanda kebangkitan Kenyalang Emas

Kejayaan pasukan Sarawak United menundukkan Penang FC pada Ahad lalu dilihat sebagai satu petanda bahawa pasukan tersebut kini dalam fasa kebangkitan.

Menurut laporan Majoriti, S. Balachandran dipetik sebagai berkata, pretasi yang ditunjukkan pemain Sarawak United menunjukkan mereka sudah mula serasi dengan taktik yang digunapakai olehnya.

“Selepas 5 minggu menggalas tugas sebagai jurulatih, banyak perubahan pada pemain.

“Pemain pun dah mula faham dengan susunan strategi dan corak permainan.

“Mereka cepat menyesuaikan diri dengan perancangan berkenaan dan kini ia mula dipraktikan dengan baik,”

“Kredit harus diberikan kepada semua pemain kerana mereka rajin serta cepat menyesuaikan diri dengan latihan yang berlainan,” katanya pada Majoriti.

Ketua jurulatih kelab tersebut juga melahirkan rasa bangga dengan prestasi pemainnya yang dilihat pantas mempelajari corak permainan baru yang merupakan antara sebab kemenangan kelab bergelar Kenyalang Emas itu ke atas Penang.

“Kalau lihat, kita kalah dua perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Johor Darul Takzim FC (JDT).

“Sebelum ini saya lebih banyak mengajar dan menekankan pertahanan kerana kita bertemu dengan pasukan yang kuat.

“Tapi untuk perlawanan malam tadi (Ahad) saya rasa pasukan bermain dengan baik.

“Pemain dilihat banyak menggunakan taktikal menyerang.

“Mereka bangkit walaupun kalah dua kali pada perlawanan sebelum ini dan akhirnya meraih kemenangan di gelanggang lawan sekali gus meraih tiga mata penuh,” katanya lagi.

Balachandran adalah pengganti B. Sathianathan yang mana telah terpaksa mengundurkan diri atas faktor kesihatan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top