LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Berita pengunduran B Sathianatan bukanlah rahsia setelah terdapatnya berita bahawa beliau tidak sihat sebelum ini dan telah diarahkan oleh doktor untuk berehat.

Sungguhpun demikian, Sarawak United sendiri telah mengesahkan bahawa Sathianatan tidak lagi bersama pasukan Kenyalang Emas.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Menurut kenyataan media Sarawak United, tempat Sathianatan akan diganti S. Balachandran.

Pemergian Sathianatan dilihat peminat tegar kelab tersebut sebagai satu tamparan hebat kepada kebangkitan kelab tersebut yang mereka ibaratkan sudah kerap ditimpa ‘malang’ pada musim ini.

Kelab milik Posa Majais itu sudahpun kehilangan jurulatih pilihan, E. Elavarasan, seawal musim ini kepada pasukan Harimau Malaya, dan kini Elavarasan pula terpaksa melangkah pergi atas faktor kesihatan.

Tidak cukup dengan itu, Sarawak United dibelasah teruk pada perlawanan menentang Selangor FC tempoh hari, sekaligus menyaksikan Balachandran kini mempunyai tugasan besar untuk menaikkan lagi semangat pemain dan penyokong Kenyalang Emas.