Robert anggap pemain import Sarawak kini bertaraf tinggi

Robert Alberts dalam satu temuramah bersama Mr Kopi dari SarawakCrocs.com mengatakan bahawa beliau percaya bahawa empat pemain import yang beliau miliki kini bertaraf tinggi.

Menurut Robert, daripada 13 gol yang dijaringkan oleh Sarawak, 5 gol adalah dari Billy Mehmeh, dua adalah dari Ryan Griffith, dan satu gol adalah dari pemain import baharu Patrick Gerthardt.

Tambah Robert, seorang lagi pemain import, Ivan Fatic belum lagi menemui belakang jaring, namun beliau mempunyai kadar pembantu terbesar yang membawa kepada jaringan gol (asist) yang tertinggi di Liga Malaysia.

Faktor-faktor ini mendorong beliau percaya keempat-empat pemain import yang dimiliki Sarawak kini adalah bagus, termasuk juga hakikat mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Apabila ditanya berkenaan status Gabor Gyepes dan Muamer Salibasic yang kini dikatakan sudah pulih sepenuhnya, Robert berkata kedua-dua pemain sememangnya ada di dalam senarai pemain impian beliau, jika tidak disebabkan mereka berdua gagal sembuh sepenuhnya selepas cedera.

Robert menambah bahawa Muamer telah juga baru-baru ini gagal memikat pasukan NS Matrix yang bermain di Liga Premier, dan Gabor Gyepes juga turut gagal mendapatkan kontrak apabila mencuba nasib bersama pasukan PDRM.

Dalam pada itu, Robert turut mempersoalkan bagaimana beliau boleh disuruh mengambil semula Muamer jika beliau(Muamer) sudah gagal memikat hati pasukan yang hanya berstatus Liga Premier?

Sebelum ini, isu kembalinya Muamer dan Gabor ke Malaysia hebat diperkatakan dengan peminat Sarawak mahukan Robert mengambil semua kedua-dua pemain import tersebut. Sungguhpun demikian, Robert telah tegas enggan mengambil bekas pemain Sarawak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top