Ketua jurulatih pasukan Malaysia bawah 22 tahun, Frank Bernhandt telah menyenaraikan 30 orang pemain yang dipilih untuk menghadiri kem latihan pusat pada 12 Mac depan sebagai persediaan untuk bersaing di Piala Dubai di UAE dari 20 hingga 28 Mac kelak. 

Antara pemain yang tersenarai ialah pemain tengah muda Sarawak, Tommy Mawat dan juga pemain sayap sensasi, Nur Shamie Iszuan. 

Kedua-dua pemain ini akan menjalani kem latihan pusat selama enam hari dari 12 hingga 17 Mac 2017.

 Jurulatih skuad Malaysia bawah 22 tahun, Bernhandt akan menyenarai pendek 23 orang dari 30 pemain di penghujung sesi kem latihan pusat untuk menggalas cabaran Piala Dubai kelak. 

Nur Shamie sebelum ini turut pernah dipanggil untuk mewakili Malaysia dalam perlawanan-perlawanan persahabatan di luar negara dan sering diturunksn sebagai pemain utama bagi pasukan bimbingan Bernhardt.

Comments

8 COMMENTS

  1. Spa padah dipanggil jd pemain simpanan nang bodoh. Ketara alu sik nanga game player muda sarawak dgn team kebangsaan. Shamie ksebelasan utama team under 22. Ada nanga game sidak dgn 4 team terbaik asia yg Malaysia kalah ngan Thailand ka? Semua game Shamie main. Siap ada 2 gol gik. Tmasuk gol plawanan akhir ngan thailand. tp syg kalah 1-2 mun sik silap.

Comments are closed.