LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab bola sepak Srawak United pagi tadi telah mengumumkan bahawa sebanyak 1,000 tiket perlawanan Sarawak United menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) telah sah dijual.

Kelab yang digelar Kenyalang Emas itu mengkhabarkan khabar gembira itu di laman sosialnya dengan berkata “Lebih kurang 1000 keping tiket terjual setakat ini‼️”

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Pasukan yang kini sedang dibimbing S. Balachandran itu akan berdepan pasukan JDT dalam perlawanan Liga Super ke-13 esok, dengan harapan memusnahkan rekod tanpa kalah kelab Johor di Liga Super setakat ini.

Adalah dijangkakan bahawa Sarawak United akan menurunkan barisan terkuat menentang pasukan bimbingan Benjamin Mora itu, dengan ribuan penyokong dijangkakan membanjiri Stadium Negeri bagi memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

Untuk rekod, JDT mempunyai jumlah jaringan terbesar di Liga Super, manakala Sarawak United mempunyai jumlah bolos paling besar dalam liga sama.

Jika anda berminat membeli tiket perlawanan, anda boleh ke https://ticket.tickethotline.com.my/club/sarawak/21/home.

Bagi peminat di luar kawasan, anda dijangka boleh juga menonton perlawanan tersebut secara lansung melalui UnifiTV Sports 1 & 2.