Perlawanan Liga Super diantara Perak FA dan Sarawak FA akan disiarkan secara langsung oleh Media Prima, penyiaran rasmi Liga Malaysia.
Adalah difahamkan, perlawanan akan turut menyaksikan pemain baharu Sarawak FA, Milos Raickovic beraksi bersama pasukan baharu beliau.
Dalam pada itu, peminat Sarawak FA telah dilaporkan menyambut baik keputusan menyiarkan perlawanan tersebut di TV3 yang mana liputannya lebih meluas di Sarawak.
Ini adalah kali pertama perlawanan melibatkan Sarawak FA disiarkan secara langsung di TV3, dengan liputan sebelum ini dibuat di TV9 yang mempunyai rangkaian terhad di Bumi Kenyalang.
Perlawanan Perak FA menentang Sarawak FA dijangka akan disiarkan pada jam 9 malam, pada 24 Mei ini.