Sarawak FA telah sah menandatangani pemain penyerang Singapura Sahil Suhaimi. 

Adalah difahamkan, Sahil kini hanya menunggu Sijil Perpindahan Antarabangsa beliau, untuk membolehkan beliau  bermain untuk Sarawak FA pada 24 Mei ini. 

Sahil yang pernah bermain untuk pasukan Lions XII, juga pernah dipanggil untuk sesi pengujian oleh pasukan Liga Perdana Inggeris Burnley FC pada April lalu. 

Pemain berusia 24 tahun itu sebelum ini dilaporkan amat berminat menyertai pasukan Bujang Senang oleh media Singapura, dan beliau telah diberi pelepasan khas oleh kelab Tampines Rovers untuk mencuba nasib di Sarawak FA. 

Sahil dijangka akan bergandingan dengan Mateo Roskam di bahagian serangan Sarawak FA. 

62 COMMENTS

  1. Kita nilai prestasi coach pula selepas ini…

    …separuh musim, diletakkan kelemahan pasukan ke atas faktor “prestasi pemain import yang kurang menyerlah”..

    Bagaimana pula selepas ini….Separuh musim kedua???.. sama2 kita ikut perkembangan nya nanti..

    • Klau masih jga gagal…kata FAS : Kami tidak berpuashati dgn prestasi pemain2 tempatan dan import.Jurulatih David Usop akan kami kekalkan sbb kita berpuashati dgn cara beliau mengendalikan pasukan dan kami sebulat suara kekalkan dia sbg jurulatih utk musim 2018..hahahaa

    • Xda fas mok nukar coach… Fas ye mok swak cmtok jk. N cdak xsbr nk msok liga perdana bh… Sbb ye gik mok mke coach tok. Mun klh mala jk slh player import…xda disiplin lh mcm jk gik… Angol ngga fas n konco2 nya… Ska nyalah org lain. Slh cdak pun xtauk. 😥😥😥

  2. Aku yakin mlm ni kita akan kuat.cuma coach perlu bawa bnyk lagi local import dari smnjung..local pun susah juga nk bkesan bila myerang dan btahan..

Comments are closed.