Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah membuat keputusan untuk membuat menyeragamkan tarikh liga di peringkat bahagian seluruhSarawak bermula Mei ini.
Keputusan tersebut telah dibuat pada Mesyuarat Majlis Tertinggi FAS yang bertempat di sebuah hotel terkemuka di Miri semalam.
Dengan keputusan tersebut, semua pertandingan yang dianjurkan oleh ahli gabungan FAS, yakni Persatuan Bolasepak peringkat bahagian di Sarawak akan memulakan liga peringkat bahagian masing-masing dari bulan Mei ini, dengan liga tersebut dijangka berakhir pada bulan Julai.
Sungguhpun demikian, Liga Super Limbang dan Liga Premier Limbang tidak akan diseragamkan pada tahun ini ekoran liga tersebut telahpun berlangsung, dan kini di peringkat kemuncak.
Penyeragaman tempoh liga peringkat bahagian tahun ini akan dapat membantu setiap persatuan bolasepak bahagian untuk membawa pasukan terbaik bagi menghadapi kejohanan Piala Sarawak yang dijangka akan berlangsung Ogos depan.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Seragam kan skli ngap sayot.. Pnyolong setia sggup bgaduh demi sik maok org kutuk team ngap sayot boyak pondan… Sakit hati tauk sik time lawan dgn selangor
Harap liga miri sik abu-abu… macam ne persatuan bolasepak miri boleh anjur liga yang sik ada kesudahan? ada pasukan yang belum habis baki perlawanan… sampai hari tok xda bunyi.. walaupun kisah lama, tetap kisah juak..