Satu survey yang dilakukan di kalangan pengguna media sosial Twitter oleh pihak kami baru-baru ini menyaksikan bahawa 91% daripada peminat bolasepak bersetuju bahawa pasukan Bujang Senang perlu berpindah ke Stadium Sarawak selepas Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 berakhir.

Mengikut komen-komen yang diterima, ramai berpendapat stadium baru tersebut perlu digunapakai agar ianya tidak menjadi ‘gajah putih’.
Buat masa sekarang, pihak SarawakCrocs.com dimaklumkan bahawa kerja-kerja naik taraf Stadium Sarawak sedang giat dijalankan dengan kerja-kerja penukaran prumput padang sedang berlaku.
Stadium Sarawak berkapasiti 40,000 penonton dan telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian sejak dua tahun lalu. Sementara menanti kerja-kerja pengubahsuaian tersebut selesai, skuad Bujang Senang telah menggunakan Stadium Negeri yang hanya berkapasiti 28,000.


![Teres Berbumbung B bakal jadi tempat Penyokong Perak di Stadium Negeri? [DIKEMASKINI]](https://i0.wp.com/www.sarawakcrocs.com/wp-content/uploads/2014/08/Piala-Malaysia-2013-Sarawak-vs-Kedah-005.jpg?fit=500%2C375&ssl=1)

