Stadium Sarawak yang diubah suai dengan kos berjuta ringgit sempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) baru – baru ini telah menyaksikan padang utama stadium tersebut ditanam rumput baharu.

Sungguhpun demikian, keadaan padang utama Stadium Sarawak telah dilaporkan menjadi amat teruk selepas temaysa dwi tahunan itu berakhir dengan kebanyakan rumput kelihatan seolah-olah telah mati.

Maklumat berkenaan keadaan padang ini telah diwar-warkan kepada pihak SarawakCrocs oleh seorang peminat yang berkesempatan ke Stadium Sarawak minggu ini.  Beliau walaubagaimanapun tidak dapat mengambil gambar padang tersebut kerana tidak mempunyai kamera berlensa tinggi, dan hanya melihat dari jarak jauh.  Menurut peminat yang hanya ingin dikenali sebagai Awang, padang itu kelihatan kekuningan dari jauh.

Maklumat lanjut dari risikan SarawakCrocs mendapati bahawa ada di antara pihak yang diberi kontrak untuk kerja-kerja pembukaan dan penutup telah berjanji menjaga rumput serba baru itu, namun ianya tidak dikotakan.

Adalah difahamkan bahawa pihak pengurusan Stadium Sarawak sedang cuba ‘menyelamatkan’ keadaan padang tersebut.

35 COMMENTS

  1. Opening, masa event dgn closing padang nang dibantei bena.. ditutup dgn kanvas gik utk persembahan dan projection presentation ne ndak mati rumput… x dpt mdh apa sbb kita nak opening dan closing yg gempak ..

  2. Spatutnya dh d pikir awl.. Padang ya pkei track n field pun event.. Bkn ny main bol.. Yg bengap glak nak ngatur rumput ya mahal2 apa hal.. Suka nak soh kontraktor senyum.. Molah keja duak kali.. Duit msok duak kali.. Masyukkkk

  3. Diharap pihak berwajib perbadanan stadium mengambil langkah2 tertentu utk.menjaga segala kemudahan yg.ada bukan hanya stadium swak ini merangkumi stadium hoki,pusat akuatik,dll.

Comments are closed.