Padang Stadium Sarawak yang dilaporkan rosak teruk baru-baru ini kini sedang dibaik-pulih.

Menurut gambar yang diterima oleh SarawakCrocs, rumput baharu telahpun ditanam di padang bolasepak stadium berkenaan bagi membolehkan ianya digunakan di dalam masa terdekat.

Adalah difahamkan bahawa padang itu akan terus dijaga rapi bagi membolehkan ianya digunakan untuk Piala Solidariti yang akan dianjurkan oleh Konfiderasi Bolasepak Asia pada bulan November kelak.
padang-stadium-sarawak-baiki
Hampir separuh daripada padang bolasepak Stadium Sarawak kini sudah ditutupi rumput yang serba hijau.

Dari pengamatan pihak SarawakCrocs, rumput yang ditanam adalah jenis ‘cow grass’ yang dikatakan sesuai dengan cuaca panas dan basah di Kuching.

Tindakan pantas Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dan Perbadanan Stadium menggantikan rumput yang rosak selepas Sukan Malaysia (SUKMA) tempoh hari sudah pasti akan membawa banyak manfaat kepada arena bolasepak Sarawak

11 COMMENTS

  1. Bro Bashri Hip..mun sblm sukma padang ya di ator nk ka rosak bila di engkah plat2 plastik putih masa sukma ya….kt semua pun ngga rumput kunin bila ditimpak ngn plastik putih k opening & closing sukma ariya…😊😊😊

Comments are closed.