Pasukan Bujang Senang yang telah menamatkan musim 2016 di tangga ke-lapan Liga Super telah bertindak memulakan pembentukan pasukan bagi musim 2017.

Ini berikutan tindakan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) memanggil sembilan pemain muda dari seluruh Sarawak untuk sesi pemilihan bagi pasukan Bujang Senang.

Sembilan pemain muda disenaraikan adalah:

  • Izeay Lffarul bin Roslan (Kuching FA)
  • Mohammad Hafis bin Abu Bakar (Kuching FA)
  • Mohd Arif Azizan bin Ederis (Kuching FA)
  • Zul bin Mohi (Kuching FA)
  • Nur Azlan bin Latip (Limbang FA)
  • Alexxander anak Jerom (Sarikei FA)
  • Amizi bin Badir (Betong FA)
  • Nazreen bin Ismail (Betong FA)
  • Jonathan Antau anak Ben (Kapit FA)

Menurut surat panggilan FAS, sesi latihan dan pemilihan akan diadakan di Stadium Negeri selepas Piala Solidariti AFC, yakni 22 hingga 26 November.

Untuk rumusan terkini berkenaan perpindahan pemain Sarawak, sila rujuk ke sini.

36 COMMENTS

  1. Idea ya bagus tp jgn jak jadi mcm pahang taun tok tek. Mok guna pemain2 muda last2 terselamat / diselamatkan oleh FAM utk kekal liga super. Liga super liga yg kompetitif utk level Msia.

  2. Terlalu bnyk org kuching fa main.. Bh main politik dlm pemilihan player.. Cuba player dari serian fa ka.. Kapit fa.. Jgn tumpu dgn sekitar kuching mbik bala dikpun jak..

  3. harap bkn semua lh pemain local adalah anak sarawak. tok bkn sukma. tok liga super. Liga Bola Sepak dlm Malaysia sebenar so apa apa perlu berik orang luar sarawak, sik pun sedikit tempat dlm pasukan. klk jd cm taun taun sebelum tok

  4. Pilih nok local tok paling bagus, carik yg benar2 berbakat, berani x cuak, palak keras sikit, jgn pilih yg nanak, penakut, bila kenak tackle sikit lalu kiak kaong nak keluar, ati kecik…. Ya pekataan “AGIK IDUP AGIK NGELABAN” ya pakei kan benar2….. Kmk org maok nangar ZAIDEL AKUP junior, DAHLAN MATUSIN jr, BOBBY PIAN jr, ALI SHAPIEE jr, AFFENDI JOL jr… Jgn ada “GURUSAMY” lagik, ngabis duit jak

  5. pemain awg import pilihlah yg betul2 berkualiti jgn pilih awg import yg hanya utk memenuhi kuota ajak….xguna bayar gaji lumayan tapi main mcm local player juak

  6. Bagus juak tok..tahun lepas kita ambik pemain dr semenanjung pun in the end kita kekal mok direlegate..atleast kalau ada pemain sarawak kedirik..ada rasa jati diri and berjuang habis habisan ya.tp..harap2..pemain2 power dikekalkan..ronny harun and the geng ya.

Comments are closed.