Dengan berakhirnya musim 2016 untuk Sarawak, fokus kini tertumpu kepada pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) berkenaan hala tuju dan risiko dan peluang yang akan diambil untuk memperbaiki kedudukan pasukan Bujang Senang pada musim 2017.

Di dalam kesibukan itu walaubagaimanapun, wujud desas desus ke telinga pihak SarawakCrocs bahawa wujud semula masalah pembayaran gaji di kalangan pemain pasukan Sarawak pada musim ini. Pihak kami tidak tahu berapa lama tunggakkan gaji ini telah berlaku.

Sumber kami yang tidak ingin namanya dikenali, turut memaklumkan bahawa selain daripada pembayaran gaji, pembayaran bonus yang dijanjikan di dalam kontrak juga tertunggak.

Pihak kami percaya bahawa masalah pembayaran gaji ini ada hubung kait dengan perubahan di peringkat pengurusan FAS, dimana perubahan tampuk pemerintahan akan sedikit sebanyak mengganggu prosedur pengeluaran wang dan gaji.

Sungguhpun demikian, pihak kami berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

30 COMMENTS

  1. Punca nya FAM lah.. FAS pun x pandei nk uruskan pasukan bena2 mun sebelum tok penyokong yg x berapa bijak molah hal ngurangkan bajet tp thn penyokong x da molah hal cuma kurang sponser.. harap thn dpn tok rami sponser dtg spon juak..

  2. itulah maksud apa yang dikatakan oleh TMJ

    Kalau anda ada RM 10, anda kena belanja RM 6 ringgit dan simpan 4 Ringgit. kalau dapat tajaan RM 2 juta, kena belanja sejuta dan simpan RM1 juta lagi. Jangan belanja RM15 dan akhirnya berhutang

    Jangan jadi macam Persatuan Bola Sepak Kelantan, dapat tajaan Qu Puteh RM 8 juta setahun (total RM 16 juta dua tahun) dia belanja RM 15 juta, akhirnya berhutang sana sini dan tidak dapat bayar gaji pemain

Comments are closed.