Home Malaysian football Hanya 4 pemain bukan Sarawak pada musim hadapan

Hanya 4 pemain bukan Sarawak pada musim hadapan

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais, telah memberi bayangan bahawa mungkin hanya seorang pemain bukan Sarawak akan menyertai pasukan Bujang Senang pada musim hadapan.

Kenyataan tersebut dibuat apabila beliau ditemuramah oleh pihak Shoot Sampe Bisak (SSB).

Menurut intipati temuramah tersebut, Posa Majais menyatakan bahawa pasukan Bujang Senang perlu memastikan mereka memenuhi kemampuan kewangan sedia ada dan tidak terlebih belanja apabila mengikat pemain pada musim hadapan.

Posa turut mendedahkan bahawa pasukan Bujang Senang pada musim hadapan berkemungkinan akan memiliki tiga pemain import asing, kurang seorang dari yang dimiliki musim ini. Tambah Posa, pengurusan FAS yang baharu tidak mahu terlebih belanja seperti musim-musim sudah.
only-one-import
Kenyataan Posa sekaligus menggambarkan bahawa Sarawak akan hanya memiliki empat pemain bukan Sarawak pada musim hadapan sekaligus memberi indikasi bahawa pemain bukan Sarawak seperti Ramesh Lai, Shahril Saa’ri, Iqbal Suhaimi, Ronny Harun, K Thanaraj, Riduwan Maon, Mohd Akmal, K Gurusamy, J Partiban, Syahrul Azwari, Ndumba Makeche, Gilmar Filho, Junior Aparecido dan Teah Dennis kini di hujung tanduk.

Jika benar FAS akan bertindak seperti yang digambarkan Posa, maka para peminat Bujang Senang bakal menyaksikan perubahan drastik kepada pasukan musim hadapan dengan nama-nama muda dan baharu disenaraikan.

Untuk senarai pergerakan pemain terkini Bujang Senang bagi musim 2017, anda boleh merujuk di sini.

SOURCESSBNTGY
Previous articleKAFA kehilangan Annuar Musa
Next article“Pembayaran gaji tertunggak pemain bukan masalah kami” – FAS 2017

45 COMMENTS

  1. Pemain bertukar saban tahun, bila mok serasi mun gia? Cuba kekalkan yg sedia ada.. Just release yg kurang perform jak.. Jaman Allan Vest dolok neyda tukar player tiap tahun.. Bagus FAS tarik diri main liga M.. Sik sanggup mok nangga team sarawak tempat ngambik point tahun depan…

    • Kedah… Piala belia… Piala presiden.. Skuad piala emas raja2… Semua mantap… Cdak ya da backup.. Sarawak??? Skuad belia n piala president pun struggle mok survive…

  2. Sangat setuju…supaya pemain skuad Sarawak dibarisi majoriti nya org Sarawak. Anak jati Sarawak bermain utk bumi Sarawak…semangat Bujang Senang dan Agi Idup Agi Ngelaban…

  3. Ideanya dah bagus tapi harap hasilnya kelak bagus juaklah. Mun semua local swak tp mala jak kalah alu sikda org pegi stadium. Diberi tiket free pun org sik nangar. Yalah harap2 ada player berkualiti mcm zaman ngap sayot dolok.

  4. Bukan tak bagus kalau beri peluang pada anak tempatan yang muda, tapi harus juga dilihat dari aspek intelligence football. Kalau nak berjaya kena ada ciri ciri tersebut pada pemain, tak perlu berbelanja besarpun tak apa. Tapi kenyataannya di malaysia hampir tiada pemain yang bermain intelligence football walaupun ada skill namun tidak cukup.

    Kesimpulannya cari pemain yang bijak dan ada skill.

Comments are closed.