Perlawanan pasukan Kuching FA menentang DDM FC esok (Ahad) dilihat peluang terbaik untuk pasukan tersebut menjauhkan diri dari pencabar terdekatnya Kelantan United di Liga M3.
Kuching yang kini mempunyai 22 mata dari lapan perlawanan boleh menjarakkan diri dari Kelantan jika menang ke atas DDM yang menghuni tangga ketiga liga kini.
Jika menang, Kuching akan mengumpul 25 mata, sekaligus menjauhkan diri dari Kelantan sebanyak 5 mata, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Kuching sebagai pendahulu Liga M3.
DDM pula akan kekal di tangga ketiga liga jika tewas kepada Kuching, dan secara tidak langsung menyukarkan mereka untuk mencabar Kuching untuk kejuaraan liga kerana jarak antara kedua-dua pasukan akan menjadi enam mata.
Kuching kini dalam prestasi terbaik untuk memenangi perlawanan menentang DDM, terutama sekali selepas berjaya mendapatkan khidmad Sufizal Ismail yang merupakan pencetak gol yang amat berkaliber.
Dengan Joseph Kalang juga di dalam prestasi terbaik, Kuching dijangka akan dapat mengutip mata penuh di Padang Akademi Bolasepak KLFA dalam perlawanan yang bermula pada jam 4:45PM esok.